HomeUtamaPecah cermin kereta polis, penganggur dipenjara 14 bulan

Pecah cermin kereta polis, penganggur dipenjara 14 bulan

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang penganggur yang memecahkan cermin sisi kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika cuba melarikan diri daripada polis peronda, dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mohd Faizul Samsuddin, 20, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan yang dilakukan pada 17 November 2024, kira-kira jam 3.20 pagi, di tepi jalan berhampiran Tanah Perkuburan Islam, Putrajaya Telipok.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan sengaja melakukan khianat dengan memecahkan cermin sisi kiri hadapan kenderaan milik PDRM menggunakan satu unit pemotong besi, menyebabkan kerugian RM2,106.35.

Bagi kesalahan itu, Mohd Faizul didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Yusdi Basri, memaklumkan kepada mahkamah bahawa berdasarkan fakta kes, anggota polis peronda telah melihat sebuah motosikal dinaiki dua lelaki, termasuk tertuduh dalam keadaan mencurigakan.

Ketika polis peronda menghampiri, kedua-dua lelaki tersebut melarikan diri menaiki motosikal.

Namun, sebaik tiba di jalan berhampiran Tanah Perkuburan Islam Putrajaya Telipok, tertuduh bertindak membaling pemotong besi ke arah kenderaan polis peronda, menyebabkan cermin sisi kiri hadapan kenderaan pecah dan mengalami kerosakan.

Motosikal yang dinaiki tertuduh dan rakannya kemudian terbabas ke bahu jalan sebelum mereka melarikan diri, meninggalkan motosikal serta beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

Bagaimanapun, tertuduh berjaya ditahan. Hasil ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu mendapati dia positif dadah.

Tertuduh yang merupakan penduduk tempatan diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Carmen Khoo.

RELATED ARTICLES
Utama

Enam warga Filipina mangsa bot karam diserah semula ke negara jiran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular