HomeUtamaGagal bayar cukai: Syarikat dan 3 pengarah didenda RM40,000

Gagal bayar cukai: Syarikat dan 3 pengarah didenda RM40,000

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat bersama tiga pengarahnya didenda sejumlah RM40,000 kerana gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM280,834.02 antara Julai 2022 hingga Februari 2024.

Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain, menjatuhkan hukuman denda terhadap Lektronex Engineering Sdn Bhd serta tiga pengarahnya, Chong Chi Ming, 53, Mahmod Tahir, 80, dan Musah Edris, 69, selepas mereka mengaku bersalah pada Selasa.

Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh membayar denda RM1,000 atau penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan. Masing-masing menghadapi 10 pertuduhan, menjadikan jumlah denda yang perlu dibayar oleh syarikat itu dan setiap individu RM10,000.

Menurut kertas pertuduhan, syarikat tersebut dan pengarahnya telah gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah RM280,834.02 yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai 1 Julai 2022 sehingga 29 Februari 2024 dalam tempoh yang ditetapkan kepada Ketua Pengarah Kastam sepertimana yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50, 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mereka telah mengikrarkan penyata cukai perkhidmatan (SST-02) dengan jumlah cukai yang kena dibayar sebelum penalti dikenakan berjumlah RM280, 834.02.

Namun mereka tidak membayar kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam tempoh yang ditetapkan bagi 10 tempoh bercukai bermula 1 Julai 2022 hingga 29 Februari 2024.

Dalam rayuan, kesemua tertuduh memohon hukuman denda paling minimum.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Kastam, Azizah Talibe, meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan pihak lain yang tertakluk dengan cukai.

Syarikat serta para pengarahnya telah membayar denda berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular