HomeUtamaLiga Super : Sabah FC, Selangor FC catat keputusan seri tanpa jaringan

Liga Super : Sabah FC, Selangor FC catat keputusan seri tanpa jaringan

Read Time:48 Second

Petaling Jaya : Sabah FC sekadar membawa satu mata selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan keatas Selangor FC (SFC) pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Kedua-dua pasukan terpaksa berhempas pulas selepas terikat tanpa jaringan sepanjang 45 minit pertama.

Sabah FC menguasai awal babak kedua tetapi pertahanan SFC berjaya mengawal situasi dengan baik bagi mengelak gawang mereka daripada dibolosi.

SFC beroleh peluang terbaik untuk membuka jaringan susulan usaha solo Ali Olwan pada minit ke-68 namun dia yang berkeseorangan tidak berjaya menyudahkannya kepada jaringan.

Pelawat terlepas peluang mendapat jaringan yang mungkin menjadi gol kemenangan buat mereka selepas Kalamullah Al-Hafiz berjaya membaca sepakan penalti Darren Lok dengan tepat pada minit ke-74.

Sabah FC sebelum itu diberikan sepakan penalti selepas semakan menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) yang menyaksikan Saddil Ramdani dijatuhkan.

Selepas ini, Sabah FC akan berkunjung ke Kuala Terengganu untuk aksi menentang Terengganu FC (TFC) pada 7 Mac – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular