HomeUtamaNasib Peter Anthony Akan Diketahui Esok

Nasib Peter Anthony Akan Diketahui Esok

Read Time:1 Minute, 15 Second

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan dijadualkan mengumumkan keputusan rayuan akhir Datuk Peter Anthony esok berhubung sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 atas kesalahan memalsukan dokumen.

Keputusan ini dianggap signifikan kerana ia akan menentukan kelayakan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Menurut semakan Sabah Media kes berkenaan akan dijalankan di hadapan panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim serta dianggotai oleh Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin. Panel ini telah mendengar penghujahan kedua-dua pihak pada 1 Ogos 2024.

Sekiranya rayuan ditolak, Peter akan diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta kerana pelaksanaannya sebelum ini digantung sementara menunggu keputusan rayuan.

Rayuan terhadap sabitan dan hukuman berkaitan pemalsuan dokumen kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengalami tiga kali penangguhan. Keputusan asalnya dijadualkan pada 27 November 2024 sebelum ditunda ke 9 Januari dan kemudiannya ke 7 Februari.

Peter, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 18 April 2023 yang mengekalkan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 26 Mei 2022.

Dalam sesi penghujahan pada 1 Ogos tahun lalu, peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan yang mengetuai pasukan pembelaan berhujah bahawa pertuduhan terhadap Peter adalah cacat kerana kertas pertuduhan tidak mempunyai tanda tangan pendakwa raya seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 172 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Keputusan esok akan menjadi penentu utama kepada masa depan politik Peter Anthony dan hala tuju kariernya dalam arena politik negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular