HomeUtamaProjek Tangki Simpanan Air Ulu Padas dimulakan April, jamin bekalan air jangka...

Projek Tangki Simpanan Air Ulu Padas dimulakan April, jamin bekalan air jangka panjang

Read Time:2 Minute, 8 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Majlis pecah tanah bagi pembinaan tangki simpanan Skim Bekalan Air Ulu Padas (Upper Padas) dijangka berlangsung pada April ini di Kinarut, menandakan permulaan projek strategik untuk menjamin bekalan air jangka panjang di Pantai Barat Sabah.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, berkata projek ini dijangka siap dalam tempoh lima tahun dengan kapasiti bekalan air yang mampu bertahan lebih 50 tahun.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan RM320 juta pada Jun 2023, dengan kelulusan akhir diperoleh pada Oktober 2024.

“Ketika ini, Jabatan Air dan Kementerian Kewangan Negeri Sabah sedang dalam proses perolehan, dengan beberapa pakej daripada keseluruhan 18 pakej dijangka bermula sebelum suku pertama tahun ini berakhir.

“Selebihnya akan menyusul dalam suku kedua dan mungkin suku ketiga tahun ini,” katanya selepas merasmikan majlis Aneka Rasa Sutera, juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan di Pan Pacific Sutera Harbour, malam tadi.

Jelas Shahelmey lagi, peruntukan itu turut digunakan untuk menggantikan paip lama, membaik pulih pam rosak, menaik taraf ‘booster pump’, serta menukar genset bagi mengurangkan masalah tekanan air.

Dalam perkembangan berkaitan, pemasangan paip bagi Projek Telibong 2 Fasa 2 dijangka siap antara Jun hingga Julai tahun ini, membolehkan loji rawatan air yang siap pada hujung 2023 menyalurkan 80 juta liter air sehari ke kawasan terlibat.

Shahelmey turut memaklumkan bahawa Skim Bekalan Air Segera (UWSS) di Kasingui dengan kapasiti lima juta liter sehari dijangka siap Mei ini, memberi manfaat kepada kawasan Putatan. Sementara itu, Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon di Papar yang dijangka siap tahun depan akan menampung keperluan air di Papar Utara dan sebahagian Putatan.

“Apabila semua projek ini siap, kita dapat menstabilkan bekalan air di kawasan seperti Kota Kinabalu Utara, Putatan dan Pantai Barat Sabah,” tambahnya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut melaksanakan program khusus bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) yang kini berada pada 56 peratus, dengan sasaran mendapatkan kembali 10 juta liter air sehari.

Ditanya mengenai pemasangan lampu jalan di sepanjang lebuh raya Pan Borneo, Shahelmey menjelaskan kerajaan negeri juga sedang berunding dengan Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk pemasangan lampu jalan di sepanjang lebuh raya Pan Borneo, terutama di kawasan berisiko tinggi bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Dewan Aneka Rasa Sutera, pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa disajikan sepanjang bulan Ramadan ini.

Sementara itu, pada majlis pelancaran juadah berbuka puasa itu, seramai 36 anak-anak dari Rumah Anak Yatim As Sakinah, Lok Kawi menerima sumbangan berupa duit raya dan sumbangan baju raya daripada Kain Mewah Emadira.

Selain tetamu juga disajikan lebih 100 hidangan berbuka puasa yang menarik ala tradisional tempatan dan antarabangsa.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemilik premis diseru kemuka permohonan sahkan arah kiblat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular