HomeUtamaUsahawan wanita diseru rebut peluang inisiatif DAYANG

Usahawan wanita diseru rebut peluang inisiatif DAYANG

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Golongan usahawan wanita di negeri ini diseru untuk merebut peluang yang ditawarkan menerusi pelaksanaan Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda yang diperkenalkan Kerajaan Sabah pada tahun ini.

Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Silam Datuk Mizma Appehdullah berkata, ia merupakan satu lagi inisiatif utama dalam Belanjawan Negeri Sabah 2025 bagi membantu usahawan wanita muda di negeri ini.

Katanya, program yang turut dikenali sebagai Daya Upaya Peluang Usahanita (DAYANG) itu menawarkan pakej pinjaman yang menarik.

“Saya difahamkan ada sekitar 200 usahawan wanita muda di Sabah akan menerima manfaat daripada program berkenaan. Justeru saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas inisiatif program DAYANG.

“Inisiatif ini akan dapat memberi peluang kepada usahawan wanita muda untuk mendapatkan pinjaman modal bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Program seperti ini bukan sahaja memperkukuhkan peranan wanita dalam ekonomi tetapi juga membuka lebih banyak ruang untuk kejayaan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mizma berkata, peluang yang diberikan itu diyakini akan dapat membina masa depan wanita yang lebih berdaya saing dan berjaya.

Katanya, program itu turut merangkumi sokongan menyeluruh melalui bimbingan dan latihan yang melibatkan sesi mentoring oleh pakar industri serta pendedahan kepada strategi pemasaran yang lebih efektif bagi memastikan kejayaan mereka dalam jangka masa panjang.

Menurutnya realiti usahawan wanita sering berhadapan dengan cabaran utama seperti kekangan modal, kekurangan akses kepada teknologi, pasaran, dan rangkaian sokongan yang diperlukan untuk memulakan serta mengembangkan perniagaan mereka.

“Cabaran ini bukan sahaja menghadkan peluang mereka untuk meningkatkan kapasiti dan produktiviti, malah turut menghalang potensi mereka untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya. – SABAH MEDIA

Muat turun maklumat borang permohohan DAYANG dibawah :

RELATED ARTICLES
Utama

Projek Nanas MD2 di Beaufort capai kejayaan eksport pertama ke Singapura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular