HomeUtamaUSIA terus perkukuh pembangunan dakwah, pendidikan dan ekonomi

USIA terus perkukuh pembangunan dakwah, pendidikan dan ekonomi

Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu : Pelan Strategik Pembugaran Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang mula diperkenalkan pada 2022 akan diperhalusi dan diperkukuhkan terutama dalam bidang pendidikan, dakwah dan ekonomi.

Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad berkata, pelan pertama (1.0) itu telah memfokuskan enam perkara utama yang diberi perhatian dan akan diteruskan pada pelan strategik kedua (2.0).

Katanya, pelan strategik 2.0 itu dijangka akan dilancarkan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad (tengah)

“Kita memurnikan lagi enam fokus pelan strategik pertama ini yang kesemuanya sedang berjalan mengikut jadual. Dalam usaha memperkukuh agenda pembangunan secara menyeluruh, USIA akan melaksanakan penstrukturan semula pengurusan dan pentadbiran di peringkat pusat, zon dan bahagian seluruh negeri.

“Ini termasuklah penjemanaan program bahagian dakwah dengan kemungkinan mewujudkan semula jawatan Pengarah Dakwah Pusat,” katanya dalam sidang media selepas bengkel berkenaan di Pusat Konvensyan Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Fokus dikenali 6P itu ialah pembangunan semula bangunan USIA, penubuhan Pusat Pembangunan Komuniti, pembugaran Inisiatif Dakwah dan Pendidikan, penjanaan dan peningkatan ekonomi, pewujudan sistem pengurusan dan pangkalan data digital, serta pemerkasaan Pusat Latihan Dakwah.

Sapawi berkata, sebelum ini USIA mempunyai pengarah dakwah di peringkat pusat, tetapi lama tertangguh dan cuba menstrukturkan semula agar bahagian dakwah itu berfungsi dengan lebih berkesan.

Berhubung ekonomi, Sapawi berkata USIA sudah memperakukan penubuhan sebuah yayasan dan namanya rasminya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bagi tujuan pembangunan ekonomi, katanya, USIA juga akan memperkasa tanah-tanah dan aset yang masih terbengkalai untuk dibangunkan supaya ia menjadi salah satu sumber pendapatan yang kekal.

“Salah satu daripada aset yang berjaya dimajukan USIA ialah tanah di Semporna yang kini dibangunkan menjadi hotel dengan kerjasama sebuah syarikat tersenarai di Bursa Saham.

“Beberapa aset lagi dikenal pasti untuk dimajukan, termasuk ada yang terbengkalai lebih 10 tahun dan USIA turut komited untuk menyokong usaha kerajaan, bukan saja dalam bidang dakwah tetapi juga pembangunan pendidikan dan sosial yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

Untuk itu, katanya, USIA akan berkolaborasi dengan jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) lain yang mempunyai matlamat yang sama. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

UKM sasar lebih ramai pelajar cemerlang Sabah sertai Fakulti Undang-Undang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular