HomeUtamaPengurus projek ditahan berhubung tuntutan palsu RM800,000

Pengurus projek ditahan berhubung tuntutan palsu RM800,000

Read Time:45 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang pengurus projek sebuah syarikat disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM800,000.

Suspek lelaki berusia 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dari tahun 2014 hingga 2018.

“Suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan negeri membabitkan satu projek pembinaan jalan di negeri ini dengan nilai berjumlah kira-kira RM800,000 sedangkan kerja tersebut tidak dibuat sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy yang mengesahkan tangkapan itu berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

“Suspek dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

“Suspek akan dituduh esok di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga ‘Sumandak’ Tuaran, Tamparuli dan Kiulu dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular