HomeUtama24 buah sekolah di Beaufort, Membakut terjejas banjir

24 buah sekolah di Beaufort, Membakut terjejas banjir

Read Time:1 Minute, 19 Second

Beaufort : Sebanyak 24 buah sekolah dibawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort dilaporkan terjejas dengan banjir berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, sekolah terlibat adalah membabitkan di daerah Beaufort dan Membakut.

“Hujan di Beaufort yang tidak berhenti menyebabkan bilangan sekolah terkesan banjir bertambah.

“Berdasarkan maklumat sebanyak 24 buah sekolah terlibat banjir di PPD Beaufort.  Antara yang terlibat adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar; SK Pekan Membakut; SK Lago dan SK Bangkalalak,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini,

Raisin berkata, turut terjejas SK Klias Baru; SK Lupak; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST John; SMK ST Paul; SK Kg Brunei; SK Suasa; SK Pintas; SK Batu 60; SK Bukau dan SK Garama.

Selain itu katanya, SK Biah Batu 65; SJKC Kung Ming; SK Bambangan; SK Lingkungan; SK ST Patrick Membakut; SJKC Lian Hwa; SK Sinoko; SK Kebulu; SK Bandau dan SK Ladang Lumadan.

Menurutnya, jumlah itu adalah sekolah yang dilaporkan terjejas setakat jam 2 petang tadi namun tiada sebarang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan.

Dalam pada itu, Raisin berkata, semua pihak berharap agar cuaca bertambah baik dan sekolah terkesan banjir boleh beroperasi  agar murid dan guru boleh hadir ke sekolah seterusnya belajar seperti biasa.

“Jika ada sekolah yang masih dilanda banjir atau laluan ke sekolah tersebut dinaiki air, maka sekolah disarankan supaya mengadakan kelas pada hari Sabtu mengikut jumlah hari sekolah ditutup akibat banjir.

“Ini adalah untuk memastikan jumlah persekolahan murid dan guru adalah 190 hari seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan 550,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO FB LIN YEE

RELATED ARTICLES
Utama

Alexander puji komitmen Sabah percepat projek Pan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular