HomeUtamaBeaufort kembali diisytihar kawasan bencana banjir

Beaufort kembali diisytihar kawasan bencana banjir

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Daerah Beaufort sekali lagi diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.

Dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort Mohd Nazri Ajun berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 10 malam semalam.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Beaufort,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada bulan lalu, daerah Beaufort turut dilaporkan mengalami bencana banjir.

Pada pada itu, portal Info Bencana JKM memaklumkan, seramai 418 orang mangsa terjejas banjir berlindung di dua PPS yang diaktifkan semalam.

Antara PPS yang diaktifkan adalah di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon melibatkan seramai 374 mangsa dari 106 keluarga setakat jam 4.30 pagi.

Selain itu, 44 mangsa dari 15 keluarga dipindahkan ke Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Beaufort.

Setakat jam 5.30 pagi ini, hujan masih dilaporkan turun di beberapa kawasan Beaufort dan Membakut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular