HomeUtamaProgram Sahur Mega rapat hubungan silaturahim

Program Sahur Mega rapat hubungan silaturahim

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA MARUDU : Biro Hal Ehwal Wanita Masjid Nurush Syifaa Kg. Ongkilan, Kota Marudu telah menganjurkan Program Sahur Mega menyediakan juadah sahur.

Program tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda.

Dalam majlis itu, Redonah memberitahu beliau sangat teruja kerana dapat bersahur beramai-ramai dan solat berjemaah dan jarang sekali diadakan di peringkat kampung.

Katanya sedikit sebanyak, mengambalikan perasaan beliau ke zaman kanak-kanak semasa remaja ketika menyambut Ramadan di kampung halaman dahulu.

“Semasa kita zaman kanak-kanak ia sebagai sejarah apabila kita merungkai semula mengingatkan betapa susahnya kita bangun untuk bersahur.

“Ibubapa kita terpaksa berkali-kali mengejutkan kita untuk bangun. Alhamdulillah, atas didikan dan pengalaman demikian, serta atas keinsafan sendiri maka apabila dewasa maka bangun awal untuk bersahur dan mengerjakan solat subuh itu akan lebih teratur dan istiqomah. Apa ertinya semua itu, saya menyimpulkan ia adalah didikan Ramadan yang saban tahun kita harungi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program Sahur Mega di Masjid Nurush Syifaa Kg. Ongkilan Kota Marudu di sini semalam.

Turut hadir Jainab Mahmood Ketua Biro Hal Ehwal Wanita Masjid, Nurush Syifaa Kg. Ongkilan serta jawatakuasa program.

Menurut Redonah aktiviti Sahur Mega yang di anjurkan ini, beliau mendapati bahawa terdapat beberapa kebaikannya khususnya kepada masyarakat setempat.

Jelasnya, ia memberi ruang kerjasama ahli kariah setempat semasa membuat persiapan sahur selain menjalin silaturahim dalam kalangan masyarakat

“Dalam masa yang sama juga memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk menikmati juadah seadanya oleh pihak penganjur sekaligus dapat mendidik modal insan Kg Ongkilan bagaimana mengelola sesuatu acara, menjalin kerjasama dan mangambil contoh beribadah secara berjemaah.

“Ia satu ilmu yang perlu dimanfaatkan kerana generasi muda adalah tonggak kepimpinan masa depan baik peringkat tinggi apatah lagi diperingkat kampung. Kita lentur buluh biarlah dari rebungnya,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 227 orang tengah hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular