HomeUtamaEnam PPS di Tenom ditutup, 310 mangsa dibenarkan pulang

Enam PPS di Tenom ditutup, 310 mangsa dibenarkan pulang

Read Time:34 Second

Kota Kinabalu : Enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Tenom ditutup sepenuhnya pada jam 2.30 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tenom Mas Syazwan Masood berkata, penutupan itu dibuat selepas keadaan kembali pulih dan semua mangsa telah dibenarkan pulang

“Selaras dengan cadangan JPBD Tenom, saya selaku Pengerusi JPBD Tenom mengisytiharkan penutupan beberapa buah PPS pada jam 2.30 petang.

“Antara yang ditutup adalah di SK Mandalom Lama; RK Kampung Mandalom Lama; RK Kalang Kanar; Kampung Pantongan Saga; RK Kampung Labut 1 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Saga,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya seramai 310 orang mangsa terjejas melibatkan 118 keluarga ditempatkan di enam PPS berkenaan. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Pembangunan daerah perlukan komitmen penuh Ahli Majlis Daerah – Dr Joachim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular