HomeUtamaPETRONAS sumbang bekalan air minuman di Keningau, Tenom

PETRONAS sumbang bekalan air minuman di Keningau, Tenom

Read Time:1 Minute, 19 Second

Tenom : Sebanyak 10,000 katon air minuman disumbangkan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) kepada penduduk yang terputus bekalan air bersih akibat banjir di Keningau dan Tenom di sini baru-baru ini.

Bekalan yang dihantar dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah itu mula dihantar pada 14 Mac lalu dimana sebanyak 6,000 karton disumbangkan kepada mangsa banjir di Keningau manakala selebihnya di Tenom.

Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab berkata, pihaknya turut merasai kesukaran penduduk yang dihadapi terutama pada bulan Ramadan ini. 

“Sebaik sahaja kami mendapat tahu mengenai perkara ini, kami segera menggerakkan bantuan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen PETRONAS dalam melaksanakan program impak sosial dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sumbangan itu diserahkan kepada Pegawai Daerah Keningau, Peter Jonu Moinjil, dan Pegawai Daerah Tenom, Mas Syazwan Masood, di pejabat mereka masing-masing pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Peter turut mengucapkan terima kasih kepada PETRONAS dimana sumbangan itu amat bermakna untuk mereka yang ketiadaan bekalan air bersih.

Ini kerana katanya, dua Loji Rawatan Air (LRA) di daerah itu ditutup akibat air yang terlalu keruh.

Turut mengucapkan penghargaan yang mewakili penduduk Tenom, Mas Syazwan berkata, pihaknyaamat bersyukur atas pemberian bantuan kepada mereka yang mengalami masalah bekalan air bersih berikutan tanah runtuh yang menjejas bekalan ke kawasan berkenaan.

Agensi lain yang turut membantu dalam proses penghantaran bantuan itu ialah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat di Keningau dan Tenom, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, dan Polis Di Raja Malaysia. – SABAH MEDIA / FOTO PETRONAS

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji ucap takziah kepada keluarga Tun Ahmadshah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular