HomeUtamaPM Anwar ke Sabah hadiri Majlis Berbuka Puasa di Tuaran

PM Anwar ke Sabah hadiri Majlis Berbuka Puasa di Tuaran

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan melakukan lawatan kerja sehari ke Sabah, hari ini bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Sabah bertempat di Padang Istiadat Tuaran di sini.

Beliau dijangka tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pada jam 3.10 petang sebelum bergerak ke Tuaran yang terletak kira-kira 34 kilometer di utara bandar raya Kota Kinabalu.

Sejurus tiba di pekarangan Padang Istiadat Daerah Tuaran pada kira-kira jam 4 petang, Perdana Menteri dijadual melawat Jualan Rahmah di hadapan Dewan Seri Sulaman sebelum ke Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Daerah Tuaran.

Anwar dengan diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dijadual akan mendengar Taklimat Pembangunan Negeri Sabah yang bermula pada jam 4 petang.

Pada majlis berbuka puasa, Perdana Menteri akan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada anak yatim, asnaf dan fakir miskin serta ibu tunggal.

Selain itu, Perdana Menteri juga akan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada wakil rumah kebajikan, Masjid dan surau terpilih.

Ia adalah lawatan pertama Anwar selaku Perdana Menteri ke Tuaran yang juga daerah kelahiran Ketua Menteri Sabah.

Kehadiran Anwar kali ini menarik perhatian berikutan Pilihan Raya Negeri Ke-17 Sabah (PRN17) yang bakal diadakan pada tahun ini, khususnya mengenai soal kerjasama antara parti dan gabungan.

Semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau persiapan Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 Bersama Perdana Menteri di Padang Istiadat Tuaran.

Majlis yang dipengerusikan oleh Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama kerajaan negeri itu dijangka dihadiri 10,000 orang

RELATED ARTICLES
Utama

Sekolah integrasi lahir generasi berilmu, berakhlak mulia – Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular