HomeUtama"Kaamatan Untuk Semua" jadi tema rasmi sambutan Pesta Kaamatan 2025

“Kaamatan Untuk Semua” jadi tema rasmi sambutan Pesta Kaamatan 2025

Read Time:38 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Tema rasmi sambutan Pesta Kaamatan tahun ini telah diumumkan sebagai “Kaamatan Untuk Semua”.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, yang juga Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI).

Menurut Dr. Jeffrey, tema ini akan digunakan secara rasmi dalam semua bentuk penerbitan termasuk media massa, media bercetak dan media sosial sepanjang tempoh sambutan Pesta Kaamatan 2025.

Beliau turut mengingatkan semua pihak untuk mematuhi penggunaan tema ini dalam segala bentuk promosi dan penerbitan sepanjang sambutan tersebut.

Pesta Kaamatan merupakan perayaan penting yang diraikan setiap tahun di Sabah, bukan sahaja untuk menghargai hasil tuaian tetapi juga sebagai lambang perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah Bergerak sasar selesaikan isu dokumentasi penduduk pedalaman Kalabakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular