HomeUtamaKemalangan ragut dua nyawa: Pemandu jalani penjara enam tahun

Kemalangan ragut dua nyawa: Pemandu jalani penjara enam tahun

Read Time:2 Minute, 8 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan didenda RM20,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini, kerana memandu kenderaan secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang cucu dan neneknya, dua tahun lepas.

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Termizy M Zaini, 35, selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah.

Mahkamah juga memerintahkan supaya lesen memandu Ahmad diendors dengan butiran sabitan dan tertuduh juga hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama lima tahun.

Difahamkan, tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan, menyebabkan beliau menjalani hukuman penjara selama enam tahun bermula dari tarikh ditahan pada 12 Ogos 2024.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kenderaan Proton Saga telah memandu kenderaan tersebut dengan melulu sehingga menyebabkan kematian terhadap penama Herman Abdullah, 20, dan neneknya, Sulmah Mesal pada 30 April 2023 jam lebih kurang 10. 47 pagi, bertempat di Jalan UMS.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20, 000 dan tidak lebih daripada RM50, 000, jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyatakan bahawa tertuduh telah memandu sebuah kenderaan Proton Saga dari Kota Kinabalu International Airport (KKIA) menghala ke Tuaran.

Apabila sampai di Jalan UMS berhampiran Sulaman Kingfisher, kenderaan yang dipandu tertuduh telah terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan Proton Wira yang bergerak dari arah Indah Permai menghala ke Pusat Bandar.

Kejadian itu menyebabkan pemandu Proton Wira dan penumpang belakang disahkan maut di tempat kejadian oleh seorang doktor dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.

Cuaca pada masa kejadian adalah baik.

Punca kematian pemandu Proton Wira ialah disebabkan “neck injury due to road traffic collision” manakala punca kematian penumpang Proton Wira ialah “multiple injuries due to road traffic collision” yang diperakui oleh Pegawai Perubatan Jabatan Forensik Hospital Queen.

Semasa rayuan tertuduh meminta hukuman paling rendah memandangkan dia ada tanggungan seorang isteri dan tiga orang anak yang masih bersekolah. Tertuduh juga juga menyesal terhadapa kejadian yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Mohammad Khairul Nizam Mokhtar meminta hukuman setimpal dan memohon mahkamah agar tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh ditangkap.

Tertuduh didakwa di mahkamah pada 12 Ogos 2024 dan mengaku tidak bersalah. Tertuduh ditawarkan ikat jamin namun gagal membayar wang jaminan menyebabkannya ditahan seementara menunggu kes selesai.

Sebelum ini, media telah melaporkan dua maut manakala seorang lagi iaitu tertuduh mengalami kecederaan parah di anggota badan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan Jalan UMS berhampiran Sulaman Kingfisher.

RELATED ARTICLES
Utama

JPPKK, KPT anjur Anugerah Gemilang Pelajar martabatkan institusi pendidikan TVET negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular