HomeUtamaUgut rakan serumah guna pisau, lelaki didenda RM3,000

Ugut rakan serumah guna pisau, lelaki didenda RM3,000

Read Time:57 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana melakukan ugutan jenayah terhadap rakan serumahnya menggunakan pisau.

Alexandre Schroder, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Alexandre melakukan ugutan terhadap seorang lelaki berusia 40 tahun dengan berkata, “Marilah sama saya” sambil memegang sebilah pisau, dengan niat menimbulkan ketakutan dan kegentaran kepada mangsa.

Kesalahan itu dilakukan pada 31 Mac lalu, kira-kira jam 1.30 pagi, di sebuah bilik sewa di Kampung Tanjung Aru, di sini.

Alexandre didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya. Sekiranya ugutan melibatkan niat untuk menyebabkan kematian atau kecederaan parah, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, kejadian tercetus apabila tertuduh tiba-tiba mengetuk pintu bilik mangsa dan menuduh mangsa mencuri tong gas miliknya. Tertuduh kemudiannya mengambil sebilah pisau dari dapur dan mengeluarkan kata-kata ugutan, menyebabkan mangsa ketakutan.

Tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Lim Ming Zoong @ Lawrence, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular