HomeUtamaHajiji tidak terlibat dalam video berkaitan dakwaan rasuah lapan ADUN Sabah –...

Hajiji tidak terlibat dalam video berkaitan dakwaan rasuah lapan ADUN Sabah – Azam Baki

Read Time:43 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, memaklumkan bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, tidak terlibat dalam sebarang video yang tular berhubung dakwaan rasuah berkaitan isu pelesenan lombong mineral yang membabitkan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Azam berkata pihak SPRM telah mengambil kenyataan daripada Hajiji dua kali dalam proses siasatan berhubung dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk melindungi mana-mana pihak.

“Kita telah mengambil kenyataan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hajiji Noor. Dalam siasatan ini, kita bertindak secara telus. Saya ingin tegaskan, Ketua Menteri Sabah telah memberikan kerjasama penuh dan saya yakin beliau tidak terlibat dalam sebarang video yang dikaitkan dengan kes ini,” jelasnya pada sidang media di sini, hari ini.

Azam turut memaklumkan bahawa siasatan SPRM berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan lapan ADUN Sabah kini sedang berjalan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kumpulan Kibing ambil 700 lagi pekerja rakyat Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular