HomeUtamaBanjir Nabawan : 263 mangsa berlindung di 4 PPS

Banjir Nabawan : 263 mangsa berlindung di 4 PPS

Read Time:29 Second

Kota Kinabalu : Seramai 263 terjejas banjir melibatkan 78 keluarga di Nabawan dipindahkan ke empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu dijangka meningkat berikutan hujan yang masih melanda daerah itu pada masa ini.

Antara PPS yang dibuka di Nabawan adalah di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan yang menempatkan seramai 142 mangsa melibatkan 29 keluarga.

Selain itu, PPS yang turut diaktifkan adalah di Dewan Kampung Bahagian (63 mangsa); Balai Budaya Kabangawong dan Balai Budaya Kampung Sarikan (58 mangsa). – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Makluman laluan larian dan penutupan jalan bagi acara Borneo International Marathon...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular