HomeUtamaTarikh keputusan kes bunuh pembantu rumah dijadual semula

Tarikh keputusan kes bunuh pembantu rumah dijadual semula

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Keputusan kes bunuh pembantu rumah oleh sepasang suami isteri dijadualkan semula pada 30 April ini.

Peguam bela, Datuk Ram Singh yang mewakili Mohammad Ambree Yunos @ Unos, memaklumkan kepada media bahawa mahkamah telah menetapkan tarikh baharu bagi keputusan tersebut.

Keputusan itu pada asalnya dijadualkan untuk disampaikan pada hari ini (11 April), selepas peringkat pembelaan selesai.

Ambree, 43, dan Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 36, didakwa membunuh seorang wanita bernama Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di sebuah kondominium di Penampang antara 8 hingga 11 Disember 2021.

Mereka didakwa bersama-sama di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada 17 November 2022.

Perbicaraan kes ini bermula pada 24 Jun 2024, dengan seramai 17 saksi, termasuk dua saksi pembelaan, telah dipanggil memberi keterangan.

Pada 2 Oktober 2024, mahkamah memerintahkan mereka untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Dalam pembelaan mereka, Ambree dan Etiqah masing-masing tampil sebagai saksi tunggal.

Etiqah diwakili peguam Datuk Seri Rakhbir Singh.

Kedua-dua tertuduh masih dibebaskan dengan jaminan mahkamah.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/03/03/pasangan-dituduh-bunuh-pembantu-rumah-akan-ketahui-hukuman-bulan-depan/

RELATED ARTICLES
Utama

Jurujual mengaku tidak bersalah guna wang palsu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular