HomeEkonomiGerakan koperasi bantu perkasa ekonomi masyarakat

Gerakan koperasi bantu perkasa ekonomi masyarakat

Read Time:1 Minute, 12 Second

Beaufort : Gerakan koperasi terus menunjukkan potensi besar dalam memperkasakan ekonomi masyarakat apabila daerah ini mencatatkan sebanyak 121 buah koperasi dengan keanggotaan seramai 16,253 orang.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, jumlah itu melibatkan modal syer lebih RM2.3 juta; aset lebih RM18 juta dan perolehan lebih RM12 juta yang direkodkan sehingga 31 Disember  tahun lalu.

“Potensi gerakan koperasi ini juga dapat mengurangkan jurang kemiskinan, dan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

“Sejarah telah membuktikan bahawa koperasi adalah instrumen yang berkesan dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jom @ Coop Wilayah Beaufort di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, ini turut menunjukkan potensi besar untuk koperasi yang ada di daerah ini untuk terus berkembang sebagai pusat ekonomi koperasi yang maju.

Dalam pada itu, beliau berkata, kehadiran Program Jom@Coop dilihat tepat pada waktunya kerana program itu membawa maklumat berkaitan siri latihan pembangunan modal insan IKMa dalam meningkatkan kefahaman mengenai cabaran dan tanggungjawab dalam mengurus koperasi kepada pemimpin dan anggota koperasi di daerah Beaufort ini.

“Saya berharap agar program ini dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada generasi muda untuk turut serta dalam gerakan koperasi, sekaligus memperkukuhkan kedudukan koperasi sebagai pemacu ekonomi masyarakat yang mampan.

“Saya juga menyeru agar anggota koperasi di Beaufort untuk mengambil peluang dan hadir berkursus di program anjuran IKMa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Sabah rancang tiga taman perindustrian baharu tampung lonjakan pelaburan – Phoong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular