HomeUtamaBanjir Nabawan : Jumlah mangsa meningkat, lima PPS diaktifkan

Banjir Nabawan : Jumlah mangsa meningkat, lima PPS diaktifkan

Read Time:32 Second

Kota Kinabalu : Mangsa terjejas banjir di Nabawan terus meningkat kepada 391 orang melibatkan 96 keluarga setakat jam 12 tengah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, sehingga kini sebanyak lima buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan.

Antara PPS yang dibuka di Nabawan adalah di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan yang menempatkan seramai 149 mangsa melibatkan 34 keluarga.

Turut diaktifkan adalah di Dewan Kampung Bahagia (75 mangsa); Balai Budaya Kabangawong (50 orang) dan Balai Budaya Kampung Sarikan (66 mangsa).

Satu lagi PPS yang diaktifkan adalah di Balai Budaya Kampung Saupi yang menempatkan 51 mangsa dari 13 keluarga. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular