HomeUtamaLaksana tugas dengan penuh integriti, profesionalisme - Sabin Samitah

Laksana tugas dengan penuh integriti, profesionalisme – Sabin Samitah

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) diingatkan untuk melaksanakan tanggungjawab dan tugas  yang diamanahkan dengan penuh integriti serta profesionalisme

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, ia adalah seiring dengan perubahan landskap pentadbiran bandar yang semakin dinamik.

Beliau turut menyeru agar setiap anggota untuk sentiasa bersikap proaktif, berdisiplin dan berperanan sebagai ejen pembentukan imej positif organisasi.

“DBKK terus beriltizam untuk melahirkan barisan anggota yang berwibawa, cekap dan berdaya saing, bukan sahaja dalam aspek penguatkuasaan, tetapi juga dari segi kepimpinan dan pembangunan kendiri jangka panjang

“Menerusi sesi ini juga, ia turut berperanan sebagai wadah penting dalam memperkukuh semangat, disiplin dan komitmen warga penguatkuasaan DBKK dalam mendukung aspirasi pentadbiran bandaraya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Roll Call Mayor bersama anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKK di sini baru-baru ini.

Sabin berkata, pelaksanaan sesi itu turut mencerminkan komitmen DBKK dalam memperkukuh budaya kerja berpasukan serta memperkasa peranan Jabatan Penguatkuasaan sebagai antara tonggak utama yang menyumbang kepada kelancaran dan kesejahteraan pentadbiran bandaraya.

Katanya, sesi itu turut menyerlahkan lagi tekad DBKK untuk terus memperkukuh struktur perkhidmatan awam yang lebih progresif, dinamik dan berorientasikan rakyat, ke arah merealisasikan visi menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya yang maju, bersih, sejahtera dan dihormati. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah terus komited perkasa wanita – Redonah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular