HomeUtama80 peratus pekerja syarikat pelabur wajib rakyat Sabah – Phong

80 peratus pekerja syarikat pelabur wajib rakyat Sabah – Phong

Read Time:49 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menetapkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah tenaga kerja sepenuh masa di syarikat pelabur mesti terdiri daripada rakyat Sabah.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phong Jin Zhe berkata, syarat itu bertujuan memastikan peluang pekerjaan yang diwujudkan hasil pelaburan terus memberi manfaat kepada anak tempatan.

“Pelabur juga diwajibkan menyediakan latihan kepada tenaga kerja tempatan bagi meningkatkan kecekapan dan kompetensi mereka selaras kehendak industri moden,” katanya semasa ucapan penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Beliau berkata, pihak kementerian secara berterusan akan menggalakkan pelabur melaksanakan program latihan berimpak tinggi, sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Sebagai contoh, katanya, dua syarikat pelabur utama di Sabah iaitu SK Nexilis dan Kumpulan Kibing telah menghantar pekerja tempatan ke Korea Selatan dan China untuk menjalani latihan intensif bagi persiapan operasi teknologi tinggi di fasiliti masing-masing.

“Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh kapasiti sumber manusia tempatan, malah menyumbang kepada pewujudan ekosistem industri yang lebih mampan dan berdaya saing,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Alexander puji komitmen Sabah percepat projek Pan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular