HomeUtamaSaham Amanah Sabah agih RM790.6 juta kepada pelabur sejak penubuhan – Masidi

Saham Amanah Sabah agih RM790.6 juta kepada pelabur sejak penubuhan – Masidi

Read Time:59 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Skim pelaburan Saham Amanah Sabah (SAS) yang diuruskan oleh Saham Sabah Berhad telah berjaya mengagihkan pendapatan berjumlah RM790.6 juta kepada para pelaburnya sejak mula diperkenalkan lebih tiga dekad lalu.

Menteri Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berkata pada tahun 2024 sahaja, sebanyak 4.88 sen seunit telah diagihkan dan dilabur semula bagi manfaat pemegang unit saham.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa Saham Sabah Berhad telah menyumbang sebanyak RM15.1 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai dividen hasil daripada prestasi pelaburan pada tahun lalu,” katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan di Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Masidi turut menyarankan agar para pelabur yang masih belum menerima agihan keuntungan supaya menghubungi pihak Saham Sabah Berhad secara terus.

“Ini kerana terdapat sebilangan pelabur yang telah menukar maklumat perhubungan, dan perkara ini menyukarkan syarikat untuk menyampaikan hasil pelaburan kepada mereka,” katanya.

Masidi turut mengingatkan waris kepada pelabur yang telah meninggal dunia supaya mengambil tindakan segera untuk menguruskan tuntutan atau proses pindah milik pelaburan.

“Dokumen seperti Sijil Kematian dan Surat Perintah Mahkamah hendaklah dikemukakan kepada Saham Sabah Berhad bagi membolehkan tuntutan diselesaikan dengan teratur dan mengikut perundangan yang ditetapkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Alexander puji komitmen Sabah percepat projek Pan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular