HomeUtamaIsu kelayakan penerima Rumah Mesra SMJ akan disiasat – Jahid

Isu kelayakan penerima Rumah Mesra SMJ akan disiasat – Jahid

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan berhubung kewujudan penerima tidak layak bagi program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Menterinya Datuk Jahid Jahim.

Menurut beliau, pemilihan penerima program itu dibuat berdasarkan Terma Rujukan (TOR) serta Garis Panduan RMSMJ yang telah ditetapkan, dan hanya mereka yang benar-benar layak akan disenaraikan.

“Antara syarat kelayakan termasuk individu yang berdaftar dalam sistem e-Kasih, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mangsa bencana atau mereka yang memiliki rumah daif,” katanya ketika sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, kementerian memandang serius dakwaan terdapat penerima tidak layak, dan sekiranya perkara itu terbukti benar, tindakan tegas akan diambil bagi menjaga integriti pelaksanaan program berkenaan.

Sementara itu, berkaitan isu pemilihan penerima di kawasan N.62 Silam dan N.60 Tungku, Jahid menjelaskan bahawa proses pelantikan dibuat melalui tiga peringkat saringan.

“Ia melibatkan pencalonan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Pegawai Pembangunan Masyarakat (UPPM), lawatan tapak oleh pegawai e-Kasih dan pejabat daerah, serta pengesahan senarai calon melalui mesyuarat Focus Group Daerah,” jelasnya.

Setakat 8 April 2025, sebanyak 4,028 unit RMSMJ telah siap dibina di seluruh negeri melibatkan pelaksanaan sejak tahun 2022 hingga 2024, manakala 454 unit lagi sedang dalam pembinaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Aset TLDM di Sabah ambil bahagian dalam LIMA’25

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular