HomeUtamaKerajaan Negeri jadikan Pulau Berhala produk pelancongan rekreasi hutan

Kerajaan Negeri jadikan Pulau Berhala produk pelancongan rekreasi hutan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Pulau Berhala yang mempunyai struktur batuan unik serta nilai sejarah Perang Dunia Kedua akan dibangunkan sebagai salah satu produk pelancongan di Sandakan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata kerajaan negeri kerajaan telah memulakan kerjasama dengan pihak swasta bagi membangunkan pelancongan rekreasi hutan.

Kerjasama ini merangkumi pembangunan kemudahan pelancongan di kawasan persisiran pantai seluas 168 hektar melalui perjanjian Sustainable Forest Management License Agreement.

“Pulau Berhala merupakan kawasan Hutan Simpan Kelas 4 (Amenity) di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah.

“Kerajaan negeri melihat potensi untuk menjadikannya produk pelancongan bagi Sandakan.

“Kerajaan Negeri akan memastikan pembangunan Pulau Berhala dilaksanakan secara mampan dengan mengambil kira kepentingan komuniti nelayan serta kelestarian alam sekitar,” katanya semasa sesi soal jawab di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Joniston menjawab soalan daripada Datuk Frankie Poon Ming Fung (DAP-Tanjong Papat) mengenai pelan pembangunan Pulau Berhala sebagai destinasi pelancongan mampan tanpa menjejaskan komuniti nelayan dan alam sekitar.

Joniston menambah Kerajaan Negeri akan memastikanPulau Berhaladibangunkan sebagai satudestinasi pelanconganyang mampandengan mengambil kira kepentingan komuniti nelayan dan kelestarian alam sekitar.

Menjawab soalan tambahan daripada Jannie Lasimbang (DAP-Kapayan) dan Calvin Chong Ket Kiun (Warisan-Elopura) mengenai kebersihan pulau tersebut, Joniston berkata Kementerian akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk menangani isu itu.

“Kebersihan adalah keutamaan utama jika kita mahu menarik lebih ramai pelancong. Kementerian akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Sandakan untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Alexander puji komitmen Sabah percepat projek Pan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular