HomeUtamaSabah kekal unggul sebagai contoh masyarakat harmoni

Sabah kekal unggul sebagai contoh masyarakat harmoni

Read Time:1 Minute, 57 Second

Pitas : Kesatuan dan perpaduan yang dipamerkan oleh rakyat Sabah terus mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai ‘role model’ masyarakat Madani yang hidup dalam suasana harmoni, walaupun berbeza fahaman, anutan dan budaya.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan cerminan kebersamaan yang indah di negeri ini apabila semua masyarakat dapat bersama-sama merayakan apa juga perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baharu Cina dan lain-lain perayaan.

“Sesungguhnya, penganjuran rumah terbuka seperti inisiatif yang dibuat oleh Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) ini adalah amat penting dalam memperkukuh perpaduan dan muhibah antara pelbagai lapisan masyarakat.

“Dalam suasana yang penuh keharmonian ini, kita dapat mempereratkan silaturahim, merapatkan ikatan antara satu sama lain, dan mewujudkan suasana masyarakat yang bersatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PDIS 2025 di Dataran Bengkoka di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hajiji turut mengajak rakyat negeri ini keseluruhannya untuk bersama-sama dalam kepimpinan kerajaan bukan saja untuk mempertahankan perpaduan dan keharmonian selain menyuburkannya demi negeri ini. 

Katanya, ia penting kerana keharmonian kaum adalah kunci kepada kesejahteraan dan kebahagiaan, sekali gus menjadi pemacu kepada kemajuan negeri kita.

“Kerajaan Negeri pimpinan saya telah merintis Hala Tuju Pembangunan Sabah Maju Jaya iaitu Pelan Pembangunan 1.0: 2021-2025 sejurus mengambil alih teraju pemerintahan negeri bagi memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri. 

“Alhamdulillah, usaha-usaha yang kita laksanakan menerusi Hala Tuju SMJ ini sudah membuahkan hasil. Banyak inisiatif yang dilaksanakan baik dalam aspek ekonomi mahu pun untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Hajiji berkata, ini termasuk bantuan untuk anak-anak dalam kalangan keluarga B40 yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT atau BUDI dan Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI) selain tiket penerbangan kepada pelajar.

Menurutnya, inisiatif lain yang turut diberi kepada rakyat yang kurang berkemampuan termasuklah Rumah Mesra SMJ di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan yang terbaharu iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang dilaksanakan kerajaan negeri pada tahun ini.

“Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua rakyat negeri Sabah untuk sama-sama menjayakannya Hala Tuju Sabah Maju Jaya kerana hala tuju ini bermatlamat untuk memacu pembangunan yang komprehensif bertunjangkan kekuatan jati diri  dan keteguhan semangat patriotisme bersesuaian dengan slogan jata negeri iaitu Sabah Maju Jaya, ” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga asing terlepas hukuman mati, terima 33 tahun penjara dan sebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular