HomeUtamaLoji solar 7.5MW dilancar di Tawau, Sabah sasar 350MW tenaga boleh diperbaharui...

Loji solar 7.5MW dilancar di Tawau, Sabah sasar 350MW tenaga boleh diperbaharui menjelang 2026

Read Time:1 Minute, 11 Second

Oleh Florieta Diet

TAWAU: Sabah terus memperkukuh komitmen terhadap tenaga hijau dengan pelancaran loji janakuasa solar berskala besar berkapasiti 7.5 megawatt (MW) di Balung, Tawau, pada Selasa.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe, yang menyifatkan projek itu sebagai pencapaian penting dalam memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui di negeri ini.

“Loji ini mencerminkan langkah besar Sabah dalam peralihan tenaga dan komitmen kerajaan negeri terhadap masa depan yang bersih dan mampan,” katanya.

Projek ini adalah usaha sama antara Constant Energy, Woodford Solar Energy Holding Sdn Bhd dan Gaya Belian Sdn Bhd. Loji tersebut menggunakan teknologi penjejak solar automatik yang membolehkan panel mengikut pergerakan matahari, sekaligus meningkatkan kecekapan penjanaan tenaga.

Phoong berkata, Sabah kini mempercepat pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan telah meluluskan 15 projek loji solar dengan kapasiti gabungan 200MW bagi tahun 2024.

“Menjelang 2026, kita sasarkan kapasiti solar mencecah 350MW, bersamaan 20 hingga 25 peratus daripada campuran tenaga negeri,” ujarnya.

Beliau berkata pelaburan dalam tenaga hijau bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, malah membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi dan merangsang pertumbuhan ekonomi mampan.

Namun begitu, katanya, cabaran utama adalah kos pelaburan tinggi bagi projek berskala besar, dan kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan pelabur swasta serta institusi kewangan untuk mempercepat pelaksanaan.

“Sabah bukan hanya mahu memenuhi keperluan tenaga tempatan, tetapi juga menyumbang kepada rantaian bekalan tenaga hijau global. Melalui inovasi dan kerjasama, kita sedang membina masa depan tenaga yang lebih cerah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga China didenda kerana langgar syarat pas lawatan sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular