HomeUtamaDaerah Sook diisytihar kawasan bencana banjir, satu PPS diaktifkan

Daerah Sook diisytihar kawasan bencana banjir, satu PPS diaktifkan

Read Time:36 Second

Kota Kinabalu : Daerah Sook hari ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam dan kenaikan paras air di paras bahaya ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sook Caroline Benjamin Jiungan berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 10.30 pagi tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Sook,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu juga, satu  Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu di Balai raya Kampung Molosok Dalit.

Caroline berkata, PPS berkenaan diaktifkan setelah pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) telah tidak selamat untuk didiami.– SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pemilik premis diseru kemuka permohonan sahkan arah kiblat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular