HomeUtamaPekerja adalah aset syarikat, Sabah Electricity perkenal anugerah hargai pekerja

Pekerja adalah aset syarikat, Sabah Electricity perkenal anugerah hargai pekerja

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Pengiktirafan kepada pekerja cemerlang mampu mewujudkan persekitaran kerja yang positif, produktif dan inovatif, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan Sabah Electricity Top Achiever (SETA) 2024/2025 yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Seramai 36 warga kerja SESB daripada kategori teknikal dan bukan teknikal menerima pengiktirafan atas kecemerlangan dan dedikasi mereka sepanjang tahun 2024.

“Pengiktirafan ini menggalakkan tindakan positif dan merangsang pemikiran warga kerja bahawa mereka memiliki potensi untuk terus menyumbang kepada kejayaan organisasi,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Buat julung kalinya, Sabah Electricity turut memperkenalkan Anugerah SETA sebagai penghargaan kepada individu atau pasukan yang menunjukkan sumbangan luar biasa dalam mencapai matlamat, aspirasi dan nilai teras syarikat.

Mohd Yaakob berkata, pengiktirafan seumpama itu menjadi pemangkin semangat kepada semua warga kerja untuk kekal produktif, berdedikasi dan setia berkhidmat dengan Sabah Electricity.

“Apabila kemahiran digabungkan dalam satu pasukan, ia mampu menjana daya kreativiti yang lebih tinggi, seterusnya menghasilkan penyelesaian terbaik serta idea-idea baharu demi memastikan syarikat kekal berdaya saing dan relevan,” tambahnya.

Anugerah SETA 2024/2025 diberikan mengikut kategori iaitu:

  • System Loss Award: Watimin Sahamin
  • Project Champion Award: Jabatan Civil, Facility Management & Special Project
  • Innovation Digital Award: Kumpulan MyNCS – Jabatan CERA Kota Kinabalu
  • Team Spirit Award: Kelab Sukan & Rekreasi Sabah Electricity

Selain itu, Sabah Electricity turut memberikan penghargaan khas kepada warga kerja yang bukan sahaja komited terhadap tugas, malah berusaha meningkatkan pembangunan diri.

Ketua Jurutera Maintenance Special Services, Jabatan Transmission, Ir. Ts. Mohammad Fauzi Awang, menerima Rising Star Award atas prestasi luar biasa serta penglibatan aktif dalam projek-projek meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat.

RELATED ARTICLES
Utama

Nvidia Umum Superkomputer Pertama Malaysia Bersama YTL, Dijangka Beroperasi Suku Ketiga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular