HomePolitikPH-BN belum ada rundingan rasmi mahupun agihan kerusi – Razeef

PH-BN belum ada rundingan rasmi mahupun agihan kerusi – Razeef

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Sabah menegaskan belum ada sebarang rundingan rasmi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berkaitan kerjasama mahupun agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah.

Penegasan itu susulan kenyataan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Suhaimi Nasir yang memaklumkan UMNO akan bertanding di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala baki 33 kerusi diserahkan kepada PH.

Ketua Penerangan Keadilan Sabah, Razeef Rakimin berkata, walaupun terdapat pertemuan tidak rasmi sebelum ini, tiada perbincangan melibatkan agihan kerusi diadakan setakat ini antara kedua-dua gabungan.

“Kami tidak tahu dari mana Suhaimi mendapat angka 40 kerusi dan tidak pasti dengan siapa beliau berbincang. Setakat ini belum ada pertemuan rasmi antara PH dan BN, apatah lagi membincangkan soal agihan kerusi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Razeef menambah, beliau telah menghubungi semua pimpinan utama PH dan mengesahkan bahawa tiada perbincangan atau rundingan rasmi yang telah berlaku.

“Pimpinan BN Sabah telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan sedemikian walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan PH, apatah lagi membincangkan perkara-perkara tersebut. Kami tidak faham apa tujuan mereka terus-menerus menyebarkan pembohongan seperti ini,” tegasnya, lapor portal Free Malaysia Today (FMT).

Sehubungan itu, beliau meminta UMNO menasihati pimpinan mereka di Sabah supaya tidak mengeluarkan kenyataan sepihak yang menyentuh isu kerjasama dan pembahagian kerusi.

Menurutnya, Keadilan dan PH Sabah sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berkongsi aspirasi sama untuk kemajuan negeri itu, namun menegaskan semua perkara perlu dibincangkan secara rasmi.

RELATED ARTICLES
Utama

Nvidia Umum Superkomputer Pertama Malaysia Bersama YTL, Dijangka Beroperasi Suku Ketiga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular