HomeUtama500 warga Sabah terima sumbangan Yayasan Petronas sempena Pesta Kaamatan

500 warga Sabah terima sumbangan Yayasan Petronas sempena Pesta Kaamatan

Read Time:59 Second

Tambunan : Seramai 500 warga Sabah terpilih sebagai penerima sumbangan Yayasan Petronas sempena sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 200 penduduk daerah ini menerima sumbangan yang disampaikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan pada Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan di Dewan Terbuka Pisompuruan di sini pada Khamis.

Hadir sama menyerahkan sumbangan Pengurus Besar Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab.

Yayasan Petronas menyatakan, sebanyak 100 bakul makanan bakal diagihkan di daerah Tongod, 50 lagi di Kepayan dan baki 150 pula di Manggatal.

Sumbangan bakul makanan itu bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut Pesta Kaamatan.

Pada majlis sama, turut disampaikan Anugerah Khas Tokoh Usahawan Muda Tambunan kepada tiga penerima, iaitu Barry Ronald Gabriel, Mixxcomoco Philip dan Lynda Robert, atas pencapaian mereka dalam bidang keusahawanan.

Menyerikan lagi acara ialah persembahan khas daripada House of Music Arts, sebuah institusi seni tempatan yang kini menjadi kebanggaan Daerah Tambunan, di bawah pimpinan Nick Arddley Nicholas.

Hadir sama pada majlis yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam,Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta beberapa jemah menteri kabinet Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga asing terlepas hukuman mati, terima 33 tahun penjara dan sebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular