HomePolitik"Don’t talk much, jumpa di gelanggang PRN" - Bahrin cabar Justin Wong

“Don’t talk much, jumpa di gelanggang PRN” – Bahrin cabar Justin Wong

Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan, Justin Wong, berhubung gesaannya supaya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dan beberapa ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meletakkan jawatan kononnya atas dasar “sayangkan Sabah”.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim, menyifatkan kenyataan Justin itu sebagai populis dan retorik politik murahan yang cuba menutup kegagalan Warisan semasa diberi mandat mentadbir negeri.

“Janganlah sembunyikan kegagalan anda dan menunding jari kepada pihak lain. Rakyat Sabah telah memberi kepercayaan kepada Warisan dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu.

“Namun, apa yang Warisan lakukan ketika itu? Janji-janji kosong, ketidakstabilan politik dan pentadbiran lemah menjadi tanda aras pemerintahan mereka. Satu penggal pun tidak mampu dipertahankan, namun hari ini tampil seolah-olah menjadi ‘jaguh kampung’. Ini jelas satu sandiwara politik demi kepentingan diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas gesaan Justin yang dibuat dalam satu sidang media, di mana ADUN Sri Tanjong itu mendakwa terdapat bukti baharu berkaitan skandal rasuah melibatkan beberapa ADUN GRS yang telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Bahrin, dakwaan tersebut masih dalam siasatan dan belum dibuktikan di mahkamah.

“Menggesa pengunduran pemimpin hanya berdasarkan dokumen yang belum disahkan sahih dan spekulasi liar adalah tindakan tidak bertanggungjawab. Kita menghormati proses undang-undang dan menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat secara adil dan profesional,” katanya.

Tambahnya, Hajiji sendiri telah secara terbuka menyatakan pendirian berhubung isu dana politik, yang menurutnya bukan perkara asing dalam sistem demokrasi mana-mana negara, termasuk semasa era pentadbiran Warisan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Justin dan Warisan agar tidak terlalu banyak bercakap, sebaliknya bersedia menghadapi rakyat dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 nanti.

Don’t talk much. Jumpa di gelanggang PRN nanti. Rakyat Sabah akan menilai berdasarkan rekod dan prestasi, bukan retorik.

“Kami yakin rakyat semakin matang menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Siapa yang benar-benar bekerja untuk negeri ini, dan siapa yang hanya pandai menyalak di luar gelanggang serta membuat janji kosong untuk meraih sokongan,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Nvidia Umum Superkomputer Pertama Malaysia Bersama YTL, Dijangka Beroperasi Suku Ketiga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular