HomeUtamaBomba selamatkan 13 mangsa terperangkap banjir

Bomba selamatkan 13 mangsa terperangkap banjir

Read Time:46 Second

Keningau : Seramai 13 orang mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak berjaya diselamatkan dalam satu operasi pemindahan banjir di Kampung Biah Skim di sini malam tadi.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)  Keningau Severinus@Mohd Nizam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.27 malam melalui talian MERS999.

Berikutan itu, katanya, sepasukan anggota dari BBP Keningau seramai lapan anggota diarahkan ke lokasi untuk misi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, 13 mangsa didapati terperangkap dalam banjir di lokasi berikutan hujan berterusan sejak semalam.

“Daripada jumlah itu, enam adalah perempuan dewasa; dua kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan yang terperangkap selepas kediaman mereka dinaiki air,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, pasukan Bomba berjaya memindahkan semua mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Biah Skim menggunakan Vigo Bomba. 

Tambahnya, pemantauan berterusan dijalankan dan setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud operasi ditamatkan. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

GRS wajar ketuai PRN Sabah – Hajiji Noor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular