HomeUtamaPRN17 Sabah: Rundingan PH Sabah bersama gabungan politik lain masih berjalan -...

PRN17 Sabah: Rundingan PH Sabah bersama gabungan politik lain masih berjalan – Ewon

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick, menegaskan bahawa rundingan secara dalaman Pakatan Harapan (PH) Sabah serta perbincangan tidak rasmi dengan gabungan politik lain masih berjalan, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ewon yang juga Pengerusi PH Sabah berkata, UPKO tetap komited untuk bersiap siaga sebagai pemain utama dalam pasukan rakyat Sabah dan akan terus berpandukan prinsip penubuhan parti dengan pendekatan yang rasional serta strategik demi masa depan negeri itu.

“Setiap keputusan perlu dibuat berdasarkan akal budi dan rasional yang strategik, dengan memberi tumpuan kepada matlamat asal perjuangan serta masa depan rakyat Sabah,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Ulang Tahun ke-31 UPKO di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, PRN ini bukan medan persaingan berdasarkan emosi atau kelemahan lawan, sebaliknya perlu menjadi ukuran kepada perpaduan rakyat serta kerjasama antara parti-parti politik di Sabah.

“UPKO akan terus bekerjasama dengan parti-parti yang berkongsi wawasan dan aspirasi yang sama, bukan sahaja di peringkat negeri, malah juga di peringkat nasional,” katanya.

Ewon turut menegaskan bahawa UPKO akan menyatakan pandangan dan pendirian parti secara jelas dalam setiap rundingan yang diadakan, sambil terus memainkan peranan sebagai pendukung utama perpaduan di Sabah.

Majlis sambutan turut menyaksikan Ewon bersama barisan kepimpinan tertinggi UPKO memotong kek ulang tahun ke-31 parti itu sebagai simbolik penghargaan kepada perjuangan dan pencapaian sepanjang tiga dekad lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Ketua Adat agen perubahan komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular