HomeUtama16 kampung di Tenom terjejas banjir, tujuh transit diaktifkan

16 kampung di Tenom terjejas banjir, tujuh transit diaktifkan

Read Time:1 Minute, 5 Second

Tenom : Sebanyak 16 kampung di daerah ini dilaporkan terjejas akibat banjir selepas hujan berterusan dan tidak menentu sejak beberapa hari lalu menyebabkan paras air Sungai Padas dan Sungai Pegalan meningkat melebihi paras amaran.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Tenom dalam satu kenyataan memaklumkan, limpahan sungai telah mengakibatkan beberapa jalan utama kampung dinaiki air, dan sebahagian kawasan kediaman turut terjejas.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampuny (kg) Enubai;  Kg. Ponontomon; Kg. Ponontomon Tanjung; Kg. Pantungan Saga; Kg. Mandalom Lama; Kg. Pansailon Tanjung;  Kg Tumantalik dan Kg Binsilon

Turut terjejaas Kg Binaie; Kg Kallang kanar;  Kg Pantongan Sapong; kg Makakagas; kg pogoukon Laut;  kg Entabuan padang; kg Bunut dan Kg Batu Batu.

Sebanyak tujuh transit turut diaktifkan bagi menempatkan penduduk yang terjejas, termasuk Transit Ponontomon; Transit Lalandang; Transit Rumah Kebudayaan Kampung Pagoukon Laut; Transit Dewan Sri Antanom; Transit Kampung Labut 1; Transit Kampung Labut 2 dan Transit Kampung Makakagas.

Setakat ini, tiada jalan utama yang terputus atau kejadian tanah runtuh dilaporkan, dan kesemua jalan kampung masih boleh dilalui, meskipun sesetengah kawasan hanya boleh diakses menggunakan kenderaan pacuan empat roda seperti di Kg. Pansailon Tanjung dan Kg. Kallang Kanar.

Sebuah sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Kallang Kanar, turut dinaiki air, namun paras air dilaporkan menurun dan masih belum surut sepenuhnya. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dipenjara empat tahun salah guna kad ATM biras lesapkan RM10,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular