HomeSukanMakluman laluan larian dan penutupan jalan bagi acara Borneo International Marathon (BIM)...

Makluman laluan larian dan penutupan jalan bagi acara Borneo International Marathon (BIM) 2025 di Bandaraya Kota Kinabalu

Read Time:2 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai pelaksanaan acara Borneo International Marathon (BIM) 2025 yang akan diadakan pada 11hb Mei 2025, bermula jam 1.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Acara ini melibatkan empat kategori larian iaitu 42KM, 21KM, 10KM, dan 3KM, dengan penyertaan dianggarkan seramai 7,859 peserta termasuk dari dalam dan luar negara.

Menerusi kenyataan media hari ini oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda memaklumkan sebagai persediaan, seramai empat pegawai dan 90 anggota polis akan ditugaskan untuk memastikan keselamatan peserta dan pengurusan lalu lintas sepanjang acara berlangsung.

Laluan Larian Mengikut Kategori:

1). 42KM (Pelepasan jam 2.00 Pagi):

Bermula di Hadapan Stadium Hoki Kompleks Sukan Likas, melalui Bulatan Istiadat, Jalan Tun Fuad Stephen, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Karamunsing, Jalan Kopungit, Jalan Pintas Kopungit, Jalan Lintas, Jalan Tuaran Bypass, Jalan Tebobon, Jalan Indah Permai, Jalan UMS, Bulatan Masjid Bandaraya, dan berakhir di Stadium Likas.

2). Kategori 21KM (Pelepasan jam 4.00 Pagi):

Bermula di Hadapan Stadium Hoki Kompleks Sukan Likas, melalui Bulatan Istiadat, Masjid Negeri, Menara Kinabalu, Simpang 4 DUN (berpatah balik), Jalan UMS, Flyover Rampayan (berpatah balik), Bulatan Alamesra, Masjid Negeri, Bulatan Istiadat, dan berakhir di Stadium Likas.

3). Kategori 10KM (Pelepasan jam 6.00 Pagi):

Bermula di Hadapan Stadium Hoki Kompleks Sukan Likas, melalui Bulatan Istiadat, Bulatan Pelabuhan (berpatah balik), Bulatan Istiadat, Masjid Bandaraya (berpatah balik), Bulatan Istiadat, dan berakhir di Stadium Likas.

4). Kategori 3KM (Peserta OKU):

Bermula di Hadapan Stadium Hoki Kompleks Sukan Likas, melalui Bulatan Istiadat (berpatah balik), dan berakhir di Stadium Likas.

Penutupan Jalan Sementara :

Bagi kategori 10KM, penutupan jalan sementara akan dilaksanakan bermula jam 5.30 pagi. Laluan yang terlibat termasuk:

1). Bulatan Bunga Raya :-

Kenderaan dari arah KK Bypass akan dilencongkan ke Jalan Coastal atau berpatah balik. Laluan alternatif ke UMS melalui Jalan Tuaran KK, Jalan Tuaran Bypass, Jalan Pintas UA, dan Jalan Utama UMS.

2). Susur JQ (Berhampiran Lampu Isyarat JQ) :-

Kenderaan dari arah Pusat Bandar ke Tanjung lipat akan dilencongkan ke Jalan KK Bypass atau Jalan Coastal. Laluan ke Tanjung Lipat dan UMS ditutup sementara. Pengguna boleh menggunakan laluan Tuaran KK atau Jalan Lintas menuju ke UMS.

3). Bulatan Hakka :-

Kenderaan ke Pusat Bandar disarankan menggunakan Jalan Bukit Bendera atau Jalan Istana sebelum menuju ke Pusat Bandar.

4). Bulatan Masjid Bandaraya :-

Kenderaan ke Pusat Bandar dilencongkan ke Jalan Tuaran KK untuk menuju ke Pusat Bandar.

Pembukaan jalan akan dinilai dari semasa ke semasa berdasarkan keselamatan peserta.

Sehubungan dengan itu, Kasim turut menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan awal dan sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan raya.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan acara ini berjalan lancar dan selamat,” tambah beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM tahan lima individu termasuk bekas pegawai bank terbabit kes pinjaman...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular