HomeUtama14 hotel dikenakan notis, beroperasi tanpa lesen

14 hotel dikenakan notis, beroperasi tanpa lesen

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 14 buah hotel di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Inanam dan Sulaman Sentral telah dikenakan notis oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) selepas didapati beroperasi tanpa lesen yang sah.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan menyasarkan premis-premis yang menjalankan aktiviti perhotelan tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang.

Operasi penguatkuasaan yang dijalankan pada 3 Mei lalu itu dilaksanakan oleh Jabatan Pelesenan DBKK bermula seawal jam 10.30 pagi dengan penglibatan enam anggota penguat kuasa. 

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 14 premis terbabit gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah untuk operasi hotel

“Sehubungan itu, DBKK telah mengeluarkan notis tawaran kepada semua operator terbabit, yang mengkehendaki mereka mengemukakan permohonan lesen dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut DBKK, tindakan ini bertujuan meningkatkan pematuhan undang-undang di kalangan pengusaha hotel serta menjaga mutu perkhidmatan dan keselamatan pengunjung yang menginap.

DBKK turut memaklumkan bahawa operasi penguatkuasaan seumpama ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan semua pengusaha perniagaan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Orang awam digalakkan melaporkan sebarang aktiviti perniagaan mencurigakan kepada pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan bandaraya sentiasa terpelihara. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Jenazah Allahyarham Tun Ahmadshah selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular