HomeUtamaPamela Ling Fail Semakan Kehakiman Terhadap SPRM Dua Hari Sebelum Dilaporkan Hilang

Pamela Ling Fail Semakan Kehakiman Terhadap SPRM Dua Hari Sebelum Dilaporkan Hilang

Read Time:1 Minute, 34 Second

KUALA LUMPUR – Wanita yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal April lalu, Datin Seri Pamela Ling Yueh, difahamkan telah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap agensi itu hanya dua hari sebelum kehilangannya.

Menurut peguam keluarga, Sangeet Kaur Deo, permohonan tersebut mencabar tindakan SPRM yang didakwa menyalahgunakan kuasa di bawah Akta SPRM dan undang-undang pengubahan wang haram (AMLA) bagi menekan Ling untuk menyelesaikan pertikaian bersifat peribadi.

Dalam kenyataan medianya, Sangeet mendakwa Pamela telah beberapa kali ditahan dan direman tanpa asas undang-undang yang kukuh, selain dikenakan sekatan perjalanan tanpa sebarang penjelasan rasmi

“Rekod menunjukkan SPRM melaksanakan tekanan yang berterusan dan sistematik terhadap Pamela sejak beberapa bulan lalu. Beliau telah disoal siasat tidak kurang daripada sembilan kali,” katanya

Tambahnya lagi, layanan terhadap Pamela adalah jauh berbeza daripada apa yang wajar diterima oleh seorang saksi yang sepatutnya membantu siasatan, dan menggambarkan pendekatan SPRM sebagai luar kebiasaan.

SPRM sebelum ini mengesahkan bahawa wanita berkenaan gagal menghadirkan diri ke ibu pejabat agensi itu pada 9 April lalu, hari yang sama beliau dilaporkan hilang. Peguamnya turut membuat laporan polis selepas gagal menghubunginya.

Dalam pada itu, tambah peguam itu lagi Terdapat dakwaan individu yang menyamar sebagai pegawai polis mungkin terlibat dalam memintas Pamela pada hari kehilangannya.

“Jika benar, ini menimbulkan persoalan yang membimbangkan tentang keselamatan awam dan integriti penguatkuasaan.

“Bagaimana kejadian sebegitu boleh berlaku – apatah lagi berdekatan dengan premis kerajaan dengan kawalan keselamatan tinggi – tanpa pengesanan adalah mengejutkan,” katanya.

Sebelum ini, New Straits Times melaporkan Azam sebagai berkata orang ramai perlu berhenti membuat spekulasi mengenai kes itu.

Dia menggesa orang ramai memberi ruang dan masa kepada polis untuk menyiasatnya.

“Anda tidak boleh menyalahkan kami atas kehilangannya kerana kejadian itu di luar kawalan kami dan berlaku di jalan awam dan bukan dalam kawasan SPRM,” katanya

seperti dilapor, sambil menambah bahawa mereka tidak dapat meramalkan sebarang ancaman terhadap keselamatan Ling.

RELATED ARTICLES
Utama

Geopark simbol komitmen terhadap kelestarian alam, komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular