HomeUtamaTiga 'Sumandak' Tuaran, Tamparuli dan Kiulu dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan

Tiga ‘Sumandak’ Tuaran, Tamparuli dan Kiulu dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan

Read Time:39 Second

Kota Kinabalu : Tiga ‘sumandak’ berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan sempena Pesta Kaamatan peringkat daerah Tuaran yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kiulu pada Selasa.

Mereka ialah April Adelaide Agedius yang akan mewakili Tuaran; Atitih Yati Robert (Tamparuli) dan Celarin Jenny mewakili Kiulu.

Kemenangan itu membolehkan mereka bertanding ke pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan peringkat Kebangsaan pada 30 dan 31 Mei ini.

Kesemua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala, bunga, sijil penyertaan dan beberapa hadiah iringan.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Sera Vian Japrin dan Betty Mary Jaikol.

Sera dan Betty masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000 berserta piala, bunga, sijil dan hadiah iringan.

Terdahulu, sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tuaran dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ketua Adat agen perubahan komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular