HomeUtamaRayuan pemuda rogol sepupu ditolak, jalani penjara 23 tahun dan 12 sebatan

Rayuan pemuda rogol sepupu ditolak, jalani penjara 23 tahun dan 12 sebatan

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang pemuda untuk kali kedua bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan jenayah seksual terhadap ahli keluarganya.

Rayuan kali ini melibatkan sabitan kesalahan merogol sepupunya yang berusia sembilan tahun.

Tahun lalu, rayuan pertamanya turut ditolak, membabitkan sabitan kes rogol dan liwat terhadap adik kandung perempuannya yang berusia 10 tahun.

Hakim Datuk Duncan Sikodol dalam keputusannya pagi tadi mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 23 tahun dan 12 sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 18 Mei 2023 selepas perbicaraan penuh.

Penganggur berusia 25 tahun itu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol sepupunya di sebuah rumah di Kota Marudu pada tahun 2016.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, pada 20 Mei 2024, seorang lagi Hakim Mahkamah Tinggi menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan merogol serta meliwat adik perempuannya, sekali gus mengekalkan keputusan mahkamah rendah.

Bagi kes itu, tertuduh didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 18 Mei 2023 dan dijatuhi hukuman penjara 21 tahun serta 12 sebatan bagi kesalahan merogol, yang berlaku di sebuah rumah tidak bernombor di Kota Marudu pada tahun 2017.

Bagi kesalahan meliwat di tempat dan tahun yang sama, tertuduh dihukum penjara 12 tahun dan tujuh sebatan. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara berasingan.

Mahkamah rendah turut memerintahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman penjara serta mengikuti sesi kaunseling pemulihan semasa dalam tahanan.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Bernard J Dalinting.

RELATED ARTICLES
Utama

Geopark simbol komitmen terhadap kelestarian alam, komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular