HomeUtamaAlexander Nanta buat laporan polis, nafi terlibat skandal rasuah Pan Borneo

Alexander Nanta buat laporan polis, nafi terlibat skandal rasuah Pan Borneo

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kuala Lumpur : Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dalam skandal rasuah projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (WP35) yang tular di aplikasi Telegram dan media sosial sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata, tuduhan berkenaan bersifat fitnah, tidak berasas dan berniat jahat, sekali gus mencemarkan reputasi dirinya serta Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kerajaan Malaysia secara keseluruhan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan tersebut. Sebagai seorang ahli politik dan anggota pentadbiran kerajaan yang sentiasa menjunjung amanah serta komited menjaga kepentingan rakyat dan negara, tuduhan ini bukan sahaja menjatuhkan imej dan integriti saya, malah turut mencemar reputasi KKR dan Kerajaan Malaysia secara keseluruhan.

“Lebih membimbangkan, mesej tersebut bukan sahaja tersebar di Telegram, tetapi turut dikongsikan di pelbagai platform media sosial, sekali gus menimbulkan persepsi negatif dan prasangka dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Sehubungan itu Alexander berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tun H.S. Lee melalui Setiausaha Sulit Kanan beliau bagi membolehkan siasatan dijalankan dan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan.

“Saya memberi komitmen penuh untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membantu siasatan dan menyerahkan sepenuhnya kepada undang-undang untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa fitnah bukan senjata politik yang wajar digunakan untuk menjatuhkan mana-mana individu demi agenda tertentu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga China didenda kerana langgar syarat pas lawatan sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular