Kota Kinabalu: Penggiat industri kreatif perlu mengangkat lebih banyak budaya, lagenda dan keindahan alam dalam karya filem tempatan.
Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara-GRS), Datin Seri Juliah Salag berkata, Sabah khususnya memiliki banyak kisah lagenda yang masih belum diketengahkan.

“Apabila kisah seperti ini difilemkan merupakan satu langkah yang baik bagi generasi baru mengenali dan memahami tradisi kuno amalan ritual yang dilakukan oleh Bobolian itu sendiri.
“Semoga lagi banyak filem-filem yang mengisahkan budaya dan keindahan Sabah akan difilemkan seterusnya mempromosikan negeri ini ke persada yang lebih tinggi,” katanya kepada media selepas menyaksikan filem Mantera.
Sementara itu, Pengarah filem Mantera Chester Pang berkara, selain memaparkan kekayaan budaya etnik, filem tersebut juga dapat mempromosikan keindahan Sabah di mata dunia.
Filem tempatan, Mantera menyelami kisah bomoh tradisi ‘Bobilian’ dalam kalangan masyarakat Dusun di Sabah yang mula ditayangkan di pawagam bermula 24 April lalu.

Turut hadir dalam menyaksikan filem Mantera Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Julinus Jeffery serta pelakon-pelakon antaranya Wedylin Batala, Larry Noh serta Naib Juara Unduk Ngadau Negeri 2011, Jovenia Jim.