HomeUtamaPCAKK giat kumpul dana bantu pesakit meningkat

PCAKK giat kumpul dana bantu pesakit meningkat

Read Time:2 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu: Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu (PCAKK) kini giat mengumpul dana bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Presidennya, Datuk Dr. Jaswant Singh berkata, terdapat peningkatan yang ketara dari segi jumlah pesakit sekali gus memberi kesan kepada kos operasi bagi melaksanakan program penjagaan di rumah.

“Jumlah pesakit kita meningkat setiap tahun. Dua tahun lalu ada 210 pesakit, tahun 2024 ada 280 orang dan tahun ini ada 300 pesakit di Kota Kinabalu dan rangkaiannya 45 kilometer hingga ke Kinarut, Tamparuli dan Tuaran.

“Kami mempunyai satu pegawai perubatan dan tiga jururawat termasuk admin eksekutif dan pemandu. Setiap bulan, kami menghabiskan RM38,000 sehingga RM40,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Dr. Jaswant berkata, Kerajaan memang memberikan geran namun pihaknya perlu berusaha menambah dana persatuan supaya lebih ramai pesakit dapat kita bantu.

“Jadi, kita berharap orang ramai, badan-badan korporat dan sebagainya dapat menyumbang,” katanya.

Beliau yang juga Perunding Pakar Onkologi dan Doktor Penjagaan Paliatif juga mengalu-alukan penglibatan sukarelawan untuk membantu menjaga pesakit kanser dan pesakit yang menghidapi kegagalan organ dalam peringkat terakhir.

“Program penjagaan di rumah adalah bagus kerana kami mahu pesakit menghabiskan beberapa bulan dengan keluarga supaya mereka tidak berada di hospital.

“Jika mereka berada di hospital, keluarga akan menderita. Susah untuk melawat mereka kerana tidak semua orang boleh melawat mereka.

“Jadi, kami pergi ke rumah pesakit setiap hari, kami melawat tiga atau empat pesakit dan memastikan pesakit ditemui sekurang-kurangnya seminggu. Jika pesakit sakit, kami akan dihantar ke hospital.

“Kita cuba mengambil lebih ramai sukarelawan. Harap-harap lebih ramai datang. Kedudukan kami adalah di Taman Rose, Penampang,” katanya

Sementara itu, Patron Penjagaan Paliatif, Meng Tan memaklumkan ke arah menambah dana, persatuan itu akan menganjurkan konsert amal bertemakan ‘Tina Heart of Gold’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 8 Ogos depan.

“Kami akan memulakan penjualan kami tak lama lagi. Mungkin minggu depan. Harga tiket konsert adalah RM20,000, RM15,000, RM10,000, RM5,000, RM3,000 dan RM2,000.

“Kami menyasarkan sebanyak RM250,000 hasil jualan tiket konsert untuk menambah dana persatuan.

“Tujuan kami berada di sini ialah untuk menjemput Tuan Yang Terutama Tun menjadi tetamu konsert amal Tina Turner dari Australia bermula jam 7.30 malam pada 8 Ogos 2025,” katanya.

Secara rasminya, PCAKK ditubuhkan pada tahun 1998 tetapi badan amal terbabit telah memulakan fungsinya lebih awal sekitar tahun 1994.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek Nanas MD2 di Beaufort capai kejayaan eksport pertama ke Singapura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular