HomeUtamaDBKK nafi keluarkan kompaun penggunaan beg plastik sekali guna

DBKK nafi keluarkan kompaun penggunaan beg plastik sekali guna

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) belum mengeluarkan sebarang notis kompaun kepada orang awam atas kesalahan menggunakan beg plastik sekali guna dalam pelaksanaan kempen kesedaran ‘Hari-Hari Bawa Beg Bah’ yang sedang giat dijalankan di seluruh bandaraya.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan kempen ituvmerupakan inisiatif DBKK dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna di seluruh bandaraya Kota Kinabalu.

Menerusi kempen ini, DBKK menggalakkan penduduk untuk membawa beg mesra alam sendiri semasa membeli-belah.

“Objektif utama pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesan negatif penggunaan beg plastik terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. 

“Kempen ini telah dilancarkan bermula 01 Ogos 2024 dan dilaksanakan secara berfasa, melibatkan pelbagai jenis premis perniagaan seperti pasar raya, kedai serbaneka, farmasi, kedai pakaian, dan pasar-pasar di bawah bidang kuasa DBKK,” menurut kenyataan itu di sini pada Rabu.

Menurut DBKK, kempen itu bertujuan untuk memupuk amalan hijau melalui konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kalangan masyarakat. 

Selain itu, kempen itu juga selaras dengan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2022.

“Walau bagaimanapun, pengecualian telah diberikan kepada peniaga bahan mentah seperti ikan, daging dan makanan laut di pasar. 

“Bagi keberkesanan jangka masa panjang, DBKK sedang mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan Undang-undang Kecil (UUK) bagi menangani penggunaan dan pembuangan beg plastik secara lebih berkesan.

“Namun DBKK ingin menegaskan bahawa tiada sebarang notis kompaun dikeluarkan setakat ini kepada orang awam atas kesalahan menggunakan beg plastik sekali guna, sehinggalah UUK tersebut dilaksanakan kelak,” tambah kenyataan itu lagi.

Penduduk Bandaraya Kota Kinabalu diseru untuk sama-sama menyokong dan menjayakan kempen ini demi kelestarian bandar raya kita.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 44 saat memaparkan seorang individu memaklumkan DBKK menyaman mereka yang menggunakan beg plastik sekali guna di Kota Kinabalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

141 pasukan bersaing dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS ke-10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular