HomeUtamaIbu bapa disaran pantau kebersihan anak, cegah penularan HFMD

Ibu bapa disaran pantau kebersihan anak, cegah penularan HFMD

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Ibu bapa dinasihatkan agar lebih peka terhadap kebersihan anak-anak bagi mencegah penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang kini dilaporkan berlaku di beberapa sekolah khususnya di Sabah.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah, Datuk Mohd Arif Sakaran berkata, kebanyakan kes HFMD berpunca daripada pendedahan luar sekolah dan boleh dielakkan dengan penjagaan kebersihan asas seperti membasuh tangan serta mengekalkan sanitasi diri.

“Saya sarankan ibu bapa beri perhatian khusus kepada anak-anak kecil dan tidak menghantar mereka ke sekolah sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

“Kuarantin di rumah adalah langkah terbaik bagi elak jangkitan merebak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Inanam 2 di sini pada Sabtu.

Arif turut menekankan peranan PIBG dalam membantu pihak sekolah memantau kesihatan pelajar serta mencadangkan agar program kesedaran kesihatan melibatkan agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan diadakan di sekolah.

“Sekolah juga perlu bertindak segera dengan mengasingkan pelajar yang bergejala ke bilik kuarantin sebelum dijemput ibu bapa. Kita belajar dari pengalaman COVID-19, jadi semua sekolah kini bersedia,” katanya.

Beliau menambah, kolaborasi antara PIBG, guru dan ibu bapa sangat penting dalam memastikan kehadiran pelajar ke sekolah tidak terjejas akibat penyakit berjangkit seperti HFMD. 

Terdahulu, Arif berkata, mesyuarat yang diadakan merupakan satu platfrim yang sangat baik untuk menyatukan ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah.

“Di sinilah kita dapat suarakan pandangan, gunakanlah platform ini untuk kita dapat menyuarakan, memberi cadangan kepada pihak sekolah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular