HomeUtamaPerlu perkasa sektor berpotensi untuk bantu usahawan bersaing global -Andi

Perlu perkasa sektor berpotensi untuk bantu usahawan bersaing global -Andi

Read Time:55 Second

Oleh Siti Azizah Talata

TAWAU: Semua pihak khususnya kerajaan perlu terus memperkasa sektor ekonomi berpotensi tinggi bagi membolehkan usahawan tempatan bersaing di peringkat global.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, persaingan dalam pasaran hari ini semakin sengit dan menuntut penyesuaian serta sokongan berterusan terhadap pelbagai sektor.

“Dalam dunia yang semakin global dan mencabar ini, kita tidak boleh bergantung kepada satu sumber ekonomi semata-mata.

“Melalui program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), kita memberi tumpuan kepada sektor yang relevan seperti pembuatan, pertanian, perikanan, kraftangan dan pelancongan.

“Langkah ini bukan sahaja membuka peluang kepada usahawan mengembangkan perniagaan mereka, malah membolehkan mereka memasarkan produk berkualiti tinggi ke pasaran yang lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Showcase Satu Daerah Satu Industri peringkat Borneo Tahun 2025 yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Andi menyeru warga Tawau agar terus menyokong produk tempatan sebagai usaha memperkasa usahawan setempat.

“Dengan sokongan rakyat, kita bukan sahaja membantu usahawan tempatan mengembangkan perniagaan, tetapi turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi mereka,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

141 pasukan bersaing dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS ke-10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular