HomeUtamaJAN perkukuh peranan bersama komuniti, laksana KAM dan SAM di Tuaran

JAN perkukuh peranan bersama komuniti, laksana KAM dan SAM di Tuaran

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Audit Negara (JAN) mengorak langkah memperkukuh peranannya dalam pembangunan komuniti melalui pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) bagi tahun 2025.

Program itu akan dilaksanakan di Kampung Topokon dan Sekolah Kebangsaan (SK) Topokon, Tuaran.

JAN dalam satu kenyataan memaklumkan, program KAM merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri dalam Ucapan Belanjawan 2024 yang bertujuan untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar serta meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi komuniti luar bandar.

Kejayaan pelaksanaan program itu pada tahun 2024 telah memperluas kepada 200 buah kampung seluruh negara bagi tahun ini. 

“Kampung Topokon telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan oleh JAN dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

“Sebagai pelengkap, program SAM turut dilaksanakan di SK Topokon dengan peruntukan RM100,000 memandangkan sekolah ini terletak dalam kawasan yang sama. 

“Usaha ini selaras dengan pendekatan Whole-of-Government yang menekankan kerjasama merentas agensi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cepat dan berkesan kepada rakyat. 

“Skop projek SAM memberi tumpuan kepada naik taraf kantin sekolah bagi menyediakan persekitaran makan yang lebih selamat dan selesa untuk murid-murid,” menurut kenyataan itu di sini 

Empat skop utama projek di bawah KAM akan dilaksanakan di Kampung Topokon melibatkan naik taraf dewan serbaguna, gelanggang futsal dan bola keranjang terbuka, fasiliti sekolah serta program kemasyarakatan. 

Program SAM pula melibatkan pelaksanaan skop projek menaik taraf kantin sekolah.

Terdahulu, mesyuarat penyelarasan program telah dipengerusikan Ketua Audit Negara Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi di Wisma Audit Sabah, melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Mesyuarat turut membincangkan usahasama antara JAN dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam menjayakan program KAM dan SAM.

Dalam mesyuarat tersebut, Wan Suraya turut menyampaikan surat pelantikan kepada jabatan dan agensi terlibat serta menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada pihak Sekolah Kebangsaan Topokon, Tuaran.

Mesyuarat turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi SMJ Ramlee Kariah dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Warga China didenda kerana langgar syarat pas lawatan sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular