HomePolitikPemuda PBS sedia gerak jentera hadapi PRN17 – Christoper

Pemuda PBS sedia gerak jentera hadapi PRN17 – Christoper

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) menyatakan kesiapsiagaan sepenuhnya untuk menggerakkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), khususnya dalam usaha mempertahankan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketuanya, Christoper Mandut berkata, Pemuda PBS menyambut baik ketegasan dan pendirian GRS yang bersedia bertanding secara solo sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah memuktamadkan kerjasama menjelang PRN nanti.

“GRS dipimpin oleh tokoh-tokoh berpengalaman dan berpandangan jauh. Saya yakin Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, bersama seluruh kepimpinan gabungan memiliki strategi yang mantap untuk memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hajiji baru-baru ini yang menegaskan bahawa GRS akan memberi fokus kepada kerjasama dengan parti-parti tempatan yang berkongsi matlamat serta hala tuju sama dalam menghadapi PRN17 secara lebih tersusun.

Christoper berkata, Pemuda PBS komited untuk memperkukuh sokongan di peringkat akar umbi dan mempertahankan GRS demi menjamin kesinambungan pembangunan serta kemajuan Sabah.

“Kita mengimpikan sebuah pentadbiran yang stabil dan berdaya saing seperti yang telah dibuktikan di Sarawak, dan saya percaya Sabah mampu mencapai impian itu melalui kekuatan GRS,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing dipenjara, didenda berhubung judi sabung ayam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular